|
HUBUNGI editor www.webnisa.net
soalan || pertanyaan || pendapat || maklumbalas ||
cadangan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya..kami amat berterima kasih atas sokongan &
kunjungan anda ke webnisa ini. Segala proses pembaikan
dan menambah mutu akan sentiasa dipantau dan dilakukan
dari masa ke semasa.
Justeru, kami amat mengalu-alukan sebarang
soalan atau pertanyaan yang ingin dikemukakan
(samada berupa pertanyaan umum atau untuk penyiaran
di ruangan "SAHABAT
KAUNSELING"), serta sebarang maklumbalas
ataupun cadangan.
Sila hantarkan soalan/ pertanyaan atau maklumbalas
/ cadangan kepada:
webnisa@gmail.com
Makluman kemaskini kandungan
webnisa
semak status kemaskini webnisa anda
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk makluman semua, NISA' dianggotai oleh semua
golongan di pelbagai peringkat. Kami terdiri dari
seorang anak muda, ibu, pekerja, penuntut, dan sebagainya.
Justeru, untuk kerja menguruskan webnisa ini juga
adalah secara separuh masa. Ini kerana kami juga bekerja
seperti anda, dan juga turut memenuhi aktiviti sampingan
yang lain di luar waktu pejabat.
:: Sasaran
2 kali seminggu ::
-----------------------------------
Untuk itu, bagi penggal ini, kami mensasarkan sasaran
minimum mengemaskini
kandungan sebanyak 2 kali dalam
kadar seminggu.

Untuk memudahkan pengunjung laman ini menyemak status
kemaskini, sila rujuk di bahagian "header",
contoh disertakan dalam gambarajah di atas. Makluman
tentang tarikh akhir kemaskini
dinyatakan diruangan berkenaan.
:: Maklumat
terkini juga boleh dirujuk di Blog Rasmi NISA'::
--------------------------------------------------------------------------
Primary Platform
~ http://www.webnisa.net
Secondary (Backup)
~ http://webnisa.wordpress.com
Bagi memahami realiti warga NISA' yang seringkali
mobile atas tuntutan kerja, urusan peribadi,
urusan keluarga, memenuhi aktiviti, dsb. Kami juga
mempunyai waktu yang amat terhad (seperti juga anda).
Faktor mobiliti juga menyukarkan kami untuk sentiasa
mendapat kemudahan yang lengkap untuk akses ke server
www.webnisa.net sekiranya kami berada di luar
kawasan.
Justeru, untuk penggal ini, kami telah menyediakan
satu platform alternatif, iaitu laman BLOG RASMI NISA',
sebagai medan kedua untuk kami sentiasa memberi maklumat
terkini. Ini memandangkan, blog adalah 3rd party
platform yang bersifat accessible. Asalkan
kita mempunyai capaian internet, maka kita dapat mengemaskini
akaun BLOG di mana-mana sahaja kita berada.
Untuk itu, sekiranya anda
mendapati laman www.webnisa.net
terlewat dikemaskini, anda boleh terus juga menyemak
laman blog webnisa.wordpress.com,
kerana mungkin maklumat terkini dikemaskini di laman
blog terlebih dahulu, sebelum ia dikemaskini
di laman www.webnisa.net
(atas sebab-sebab yang kami nyatakan di atas).
Kami amat berterima kasih
atas segala sokongan, kunjungan & segala maklumbalas/soalan
yang dikirim. Kami akan memastikan
untuk membaca satu persatu kiriman yang diemail, dan
mengambil tindakan susulan dalam bentuk menyiarkannya,
atau olahan soal-jawab yang disekalikan dengan beberapa
pertanyaan yang lain, dan mungkin juga disiarkan dalam
ruangan ARTIKEL, SAHABAT KAUNSELING, INFO KERJAYA,
SIRAH, 3N dsb.
Namun, kami ingin memaklumkan, segala sokongan yang
ada berikan terhada website ini amatlah kami dahului
dengan jutaan terima kasih.
-webmaster webnisa, Ogos 2008'-
|