Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
 

bagaimana mampu ku tahan airmata ini, jika aku masih melihat si kecil itu tidak mampu
melalui harinya dengan senyuman seperti kanak-kanak lain...
Anak-anak akan mewarisi dunia ini dari kita.
Biar siapa mereka, kasih setiap anak itu, adalah amanah kita..
kitalah penjaganya, kitalah pendidiknya.

"Ayuh..wujudkan dunia yang lebih prihatin, bantulah anak-anak yang memerlukan"

 
 
  KASIHMU AMANAHKU
Laman Utama > Arkib Kasihmu Amanahku
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pilihan dibawah:

:: 2008 ::
Oktober Adik Lim Ji Tian (meninggal dunia akibat demam panas) >> Maklumat lanjut <<

Adik Adrianna Alysya Mohd Hanib (6tahun 10bulan) Mengidap Sakit Jantung Berlubang >> Maklumat lanjut <<

Adik Khairul Aiman (lahir 10 April 2008) Mengidap Sakit Radang Paru-paru >> Maklumat lanjut <<

Nukilan Kasih Projek "Kasihmu Amanahku"

 

 

~ Mengenai "Kasihmu Amanahku" ~
bullet Mengenai inisiatif "Kasihmu Amanahku"

 

 

 

"Kasihmu Amanahku" adalah salah satu lagi usaha yang diilhamkan bagi membantu lebih ramai lagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik di luar sana. ..

Melalui program ini, satu ruangan khas "Kasihmu Amanahku" diwujudkan di laman webnisa, bagi memudahkan hasrat NISA' melalui misi Kebajikan, Kemanusiaan & Kemasyarakatan dapat direalisasikan.

Inisiatif "Kasihmu Amanahku" dari NISA' adalah berhasrat untuk:

i. membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, dan meringankan beban keluarga mereka
ii. menghubungkan mereka 'yang ingin menyalurkan bantuan', dengan 'yang memerlukan bantuan'
iii. mewujudkan budaya masyarakat yang prihatin, sayang menyayangi dan saling membantu
iv. menjadi salah satu saluran (melalui laman webnisa) dari puluhan saluran lain yang sedia ada, dalam menyalurkan informasi bantuan kepada yang memerlukan

 
bullet Sekiranya anda mempunyai info yang dapat disiarkan di ruangan "Kasihmu Amanahku", anda dipelawa untuk berbuat demikian..
 

Sila hantarkan butiran penuh seperti:

(1) Berita mengenai ujian yang menimpa kanak-kanak berkenaan
(2) Bagaimana ia dapat membantu kanak-kanak/ keluarga kanak-kanak berkenaan
(3) Nombor perhubungan, Alamat perhubungan - yang berkenaan
(4) Nombor akaun bank - yang berkenaan
(5) Gambar untuk tujuan penyiaran


ATAU, sekiranya anda mendapat bahan itu dari sumber bebas (internet, email yang di forward)..
Pihak webnisa amat berbesar hati sekiranya anda dapat:

(6) Menyertakan bersama sumber/ alamat email/ alamat URL, bahan yang anda perolehi
(7) atau, anda mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum menghantar kepada kami untuk siaran

Semua bahan ini boleh dihantar ke webnisa@gmail.com

Untuk makluman, pihak webnisa berhak untuk menyemak butiran sebelum penyiaran, bagi tujuan semakan sebelum lulus siar. Dalam usaha memastikan segala maklumat yang disiarkan adalah sahih, namun pihak kami tidak akan bertanggungawab jika masih terdapat kesilapan atau kekurangan informasi, dari bahan yang disiarkan.

 


 
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING