| |
::
Miskin Tetapi Kaya ::
Dari Abu Hurairah RA katanya;
"Yang
disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi
orang satu atau dua buji kurma atau sesuap atau dua suap makanan.
Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga
diri (dari meminta-minta). Jika kamu mahu bacalah firman Allah
SWT “.... mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai
dengan mendesak-desak ...” (al-Baqarah:273)
(Muslim)
Huraian :
1. Setiap insan di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya
raya. Dalam Islam seseorang itu tidak dianggap kaya hanya dengan
memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar di samping
ia mempunyai harta ialah bila memiliki jiwa dan hati yang jauh
lebih mulia dari hartanya itu.
2. Orang yang miskin tetapi kaya maruah tidak bergantung harap
dan belas kasihan daripada orang lain. Sekalipun tidak berharta
ia tidak menunjukkan kelemahan dan kekurangannya itu dengan
cara mendesak, meminta-minta sedekah daripada orang lain tetapi
berusaha memperbaiki nasib dirinya dengan segala tenaga dan
upaya, melakukan sebarang pekerjaan yang halal untuk mencari
rezeki. Al-Quran ada menyebutkan sebagaimana yang disebutkan
dalam hadith di atas maksudnya:”(Pemberian sedekah itu
adalah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya
(dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah
(membela Islam) yang tidak berupaya mengembara di muka bumi
(untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka; orang
kaya-oleh orang yang mengetahui halnya kerana mereka menahan
diri daripada meminta-minta,. Engkau kenal mereka dengan (melihat)
sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta
kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa
jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya
Allah sentiasa mengetahuinya.” (al-Baqarah:273)
3. Islam amat membenci kemiskinan kerana ia boleh membawa kepada
kekufuran. Malah bagi sebuah negara yang kaya, maju dan membangun
rakyatnya harus dididik untuk menabur kebajikan, sebagai tempat
si kaya berbudi, si miskin dirai dan dibantu bukan tempat di
mana kesenangan hanya berkisar pada si kaya manakala si miskin
terus merana.
(Sumber
dari JAKIM) |
|
| |
|
|
| |
:: Mengekalkan
Akhlak Yang Baik ::
Hadith Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
”Bukankah aku telah memberitahu
kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau
orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang
yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya),
hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
-Riwayat at-Tarmizi-
Huraian :
1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam
yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan
menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur,
tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara
yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa
seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.
2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan
iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka
dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah
sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana
pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada
penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.
(Sumber dari
JAKIM)
|
|

| |
::
Sampaikan salam :: Ucapan
istimewa sempena lebaran yang mulia ini  |
| |
Diari
ramadhan...
- MAJLIS IFTAR ~done
- NISA' SMALL KINDNESS ~done
- PARABLES IN AL-QURAN
- MAJLIS KHATAM AL-QURAN ~done
- GROUP BINDING ~done
- PROGRAM ZIARAH RUMAH ANAK-ANAK
YATIM
- PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN
~done
- PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN ~done
- PROGRAM TADARUS ~done
"semoga ramadhan
kali ini lebih baik dari sebelumnya, dan ramadhan akan datang,
lebih baik dari yang ini. betapa kami merinduimu wahai bulan
yang penuh ketenangan, moga kita bertemu lagi" |
|

|
| |
 |
AL-FATIHAH
UNTUK
ALLAHYARHAMAH
SITI AISYAH BINTI BAKRI
Kita kehilangan seorang lagi sahabat yang kita kasihi,
Allahyarhamah Siti Aisyah bt Bakri (NISA’ SABAH)
pada pagi 6-Oktober-2008
dalam satu nahas kemalangan jalan raya.
Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah.
Kepada keluarga Allahyarhamah,
didoakan semoga diberi kekuatan
untuk menghadapi saat-saat ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan
Allahyarhamah tenang di sana…
|