Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | INFO KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
   
pix 01pix 02pix 03pix 04pix 05

KALENDAR NISA'
Laman Utama > Kalendar NISA' > Highlight
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lihat juga senarai aktiviti-aktiviti NISA' terdahulu:

Majlis Berbuka Puasa bersama MBSA & Penyampaian Sumbangan kepada warga Palestin

[muat turun pamplet program]

Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) &
Penyampaian Sumbangan kepada Warga Palestin

15 September 2008, Stadium Malawati Shah Alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Tuan / Puan Warga Shah Alam yang DiRahmati,

Dengan hormatnya Datuk Bandar Shah Alam bagi pihak MBSA, MUSLIM CARE
Malaysia
dan Badan Dakwah Petaling menjemput semua warga Shah Alam ke
Majlis Berbuka Puasa Sempena Meraikan Ramadhan serta Sempena Memperingati
Al-Quds

pada Isnin, 15 September 2008 bermula Jam 6.30 ptg

bertempat di
Stadium Malawati Shah Alam.

Tema Majlis ini adalah Raikan Ramadhan,
Rapatkan Ukhwah - Selamatkan Al-Aqsa.


Tetamu jemputan khas ke Majlis ini adalah Dr. Sheikh Mahmoud Siyyam,
Mantan Imam / Khatib Masjid Al-Aqsa

serta Mantan Rektor Universiti Islam
Gaza serta Ahli Jawatankuasa Muassasah Al-Quds.

Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan pada hari tersebut adalah Pengedaran Bubor Lambuk, Tayangan
Multimedia Palestin (mula 6.30 ptg), Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib,
Isyak dan Tarawikh, Persembahan Muad'z serta Majlis Penyampaian Sumbangan
kepada Umat Islam Palestin.

Kehadiran Tuan-Puan serta Keluarga, Anak-Anak Muda, Siswa-Siswi dan
Pelajar-Pelajar seluruh Shah Alam kami nantikan!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Saya, mewakili pihak penganjur ingin menjemput

Tan Sri / Y.B. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

ke
Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) &
Penyampaian Sumbangan kepada Warga Palestin


Anjuran
MBSA dengan kerjasama Muslim Care Malaysia dan Badan Da’wah Daerah
Petaling


Pada
15hb September 2008 (Isnin)


Bertempat di
Stadium Malawati, Seksyen 13 Shah Alam.


Majlis yang julung kali diadakan oleh MBSA ini akan bermula pada pukul
6.30 petang

dan dimulai dengan
tayangan gempaq multimedia Palestin

yang dibawa khas oleh
Muslim Care Malaysia

Tetamu jemputan ke majlis ini ialah
Y.A.B. Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor),

Y.B. Tuan Hj. Ir Khalid Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam),

dan Syeikh Mahmud Siyyam
(Mantan Imam Besar Masjid Al-Quds & Mantan Rektor Universiti Islam Gaza)


Semua hadirin, muslimin dan muslimat, adalah dijemput hadir beramai-ramai
(bersama-sama keluarga, jiran-jiran, dan rakan-rakan) untuk iftar perdana
di Shah Alam.

Sila sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Syukran

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

 

"Remembrance of Al-Quds - Save Al-Aqsa!"

Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.

Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “Israel” yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Palestina, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya sebagai negeri penuh berkah dan suci.

Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana beliau menjadi Imam Solat bagi para Nabi dan Rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligus menunjukkan bahawa Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsa di dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini.

Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dimalam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati…

Pada saat ini, Al-Quds dan Palestina yang diberkahi menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya. Dari sini, Hari Al-Quds menjadi sangat penting bagi hati kaum muslimin seluruh dunia.

 

ADA APA DENGAN 21 OGOS? MENGAPA HARI ITU DIINGATI?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia. Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah - Pemilik Tanah Palestin yang sah!

Adakah kita sanggup utuk terus melihat saudara Islam kita yang seagama dengan kita yang sedang mempertahankan bumi Palestin setiap hari berhadapaan dengan kekejaman Israel dengan serba kekurangan! Sanggupkah kita melihat anak-anak gadis Islam Palestin mnjadi ratahan dan menjadi mangsa rogol tentera Yahudi? Sanggupkah kita melihat anak-anak kecil kelaparan kerana bapa mereka yang memperjuangkan Al-Aqsa sekarang ini sedang dipenjarakan dan diseksa di Israel! Adakah kita cuma mau melihat keperitan saudara Islam kita ini? Bangkitlah Wahai Umat Islam! Berikan Sumbangan Anda! Jangan Biarkan Yahudi mentertawakan Umat Islam diatas kelekaan kita sendiri!

 

Memperingati Al-Quds
Anjuran Kerajaan Negeri Selangor & JAIS dengan
Kerjasama Teras & Muslim Care Malaysia.

Hari AlQuds 2008 (HQ-08) adalah Program Anjuran Kerajaan Negeri Selangor & JAIS dengan kerjasama Teras & Muslim Care Malaysia. Antara Program yang diadakan adalah Pameran Al Quds oleh TERAS, Program Penerangan Palestin di Gereja Glenmarie oleh Muslim Care, Program penerangan kepada Warga POP di Masjid Negeri dan Khutbah Khas Jumaat di seluruh Selangor.

Pelancaran Hari Al Quds - 22/8 9pm
Pelancaran dan Perasmian dijalankan bersama dengan Program Forum Perdana Khas Al Quds di Stadium Bangi. Penalist : Dato’ Dr. Harun Din, Dato’ Ismail Kamus, Dato Daud Che Ngah. Moderator YB Datuk Dr. Hasan Alli.

Forum Khas Al Quds - 23/8, 9pm Dataran Shah Alam.
Persembahan Multimedia, Nasyid & Forum "Al Quds - Tanggungjawab Kamu".
Ahli Pane Forum:- Tn Haji Mohamad Sabu, Dr Adzhar Yaakob, MC - Tuan Haji Nazmi Karim

Pameran Al-Quds oleh TERAS di Dataran Shah Alam – 23/8

Tabung Khas untuk Derma Palestin
MAIS akan membuka tabung khas utk mengumpulkan semua derma dan sumbangan orang ramai, kutipan Masjid-masjid dan derma dari Badan-badan Korporat seluruh Selangor. Semua sumbangan akan diserahkan semasa Majlis Berbuka Puasa MBSA dengan Kerjasama Muslim Care Malaysia dan Badan Dakwah Petaling pada 15 September 2008 di Stadium Malawati Shah Alam. Tema Majlis ini adalah Raikan Ramadhan, Rapatkan Ukhwah & Selamatkan Al-Aqsa

Semua sumbangan akan diserah kepada Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam, Mantan Khatib Masjidil Aqsa & Mantan Rektor University Islam Gaza, President Rabitah Ulamak Yaman & Ahli Muassasah Al-Quds Sedunia yg di ketuai oleh Dr Yusof Qardawwi.

 

Muassasah Al-Quds Sedunia dan Muslim Care Malaysia

Muassasah Al-Quds Sedunia adalah pertubuhan yang dianggotai oleh 24 orang Ulamak dari seluruh dunia. Pertubuhan ini di ketuai oleh Ulamak terkenal iaitu Dr Yusof Qardawwi dan Pertubuhan ini diberikan tugas yang amat besar iaitu diamanahkan untuk menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin! Kutipan derma yang disampaikan melalui pertubuhan ini adalah untuk bantuan kepada Rumah Anak-Anak Yatim di Palestin, Bantuan Makanan, Pendidikan dan perubatan kepada anak-anak Palestin dan Ibu-ibu tunggal yang kematian suami ketika mempertahankan Palestin dan juga untuk para keluarga yang suami atau bapa mereka sedang merengkok di penjara ketika menegakkan Islam dan menyelamatkan Palestin dari serangan Yahudi!

Muslim Care Malaysia adalah sebuah NGO berdaftar di Malaysia dan juga merupakan NGO Muslim yang berdaftar dengan JAIS. Muslim Care menjalankan aktiviti dan memberikan bantuan kemanusiaan melepasi batasan sempadan agama, kaum dan negara. Muslim Care memberikan bantuan kemanusiaan kepada golongan yang memerlukan di dalam Negara dan juga di negara-negara lain.

Antara aktiviti Muslim Care di Malaysia adalah Bantuan kepada Mangsa Banjir, Jejak Warga Miskin di Pendalaman dan Menyampaikan Bantuan dalam Menyambut Ramadhan, Program Patient Care iaitu memberikan bantuan kepada pesakit dan keluarga pesakit kronik di Hospital, Program Kasih Muallaf iaitu memberi bantuan kepada keluarga Mullaf yang kematian suami, Program Love Islam iaitu Program Dakwah kepada golongan yang berpotensi untuk bersama Islam dan juga bantuan kepada Anak-Anak Yatim dan Ibu-Ibu Tunggal.

Di luar negara pula Muslim Care terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan semasa Tsunami di Aceh, Gempabumi di Pakistan, Gempabumi di Jogjakarta dan Misi Menjalankan Ibadah Korban di Kemboja dan Jogja. Di samping itu Muslim juga ada membina Rumah Anak Yatim di Meulaboh, Aceh dan membina sebuah Masjid yang dinamakan Masjid Muslim Care di Kemboja. Selain dari itu, pada setiap tahun Muslim Care mengadakan Kutipan Derma Khas bagi membantu Umat Islam di Palestin. Muslim Care Malaysia adalah wakil di Malaysia kepada Muassasah Al-Quds Sedunia.

 

Nilai-nilai penting yang harus ditimbulkan dalam memperingati Al-Quds

1. Mengukuhkankan pentingnya masalah Palestina, Al-Quds, dan Al-Aqsa serta menghidupkannya dalam jiwa kaum muslimin.
2. Melawan setiap serangan musuh terhadap Palestina dan usaha-usaha untuk merubah hakikat permasalahnnya.
3. Menyingkap peranan barat dan Zionis internasional dalam merampas tanah Palestina dan mendirikan Negara Israel di jantung dunia Islam, melindungi dan membelanya.
4. Membantu rakyat Palestin yang sedang berjihad baik dari segi moral maupun material.
5. Mengukuhkan ikatan dan kesatuan kaum muslimin

Pentingnya memperingati Al-Quds adalah bagi mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Al - Quds!

 

Di Antara Peristiwa Pembebasan Al-Quds Yang Mulia (Tahun 583 Hijrah)

Dalam tempoh dua bulan selepas Salahuddin Al-Ayyubi mencapai kemenangan di Hatin, tentera Islam mengambil keputusan untuk memasuki bandar dan kota Salib sehinggalah sebanyak lima puluh buah bandar dan perkampungan yang pernah berada di bawah penjajahan tentera Salib telah berjaya dimerdekakan dalam tempoh yang terlalu singkat. Namun begitu objektif sebenarnya yang dijanjikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi kepada umat Islam untuk mencapainya ialah pembebasan Al-Quds (Baitulmuqaddis) dan kongkongan musuh- Islam.

Untuk tujuan tersebut Salahuddin meneruskan perjalanannya bersama dengan angkatan tentera ke arah Al-Quds (Baitulmuqaddis) dan berjaya mengepungnya selama seminggu sehinggalah pasukan tentera pertahanan kota menyerah diri menyebabkan Salahuddin berjaya memasukinya pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab.

Sebaik sahaja tentera Islam berjaya memasuki Al-Quds, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil tindakan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a semasa kali pertama beliau berjaya memasuki Al-Quds, di mana beliau membuat perjanjian dengan semua masyarakat yang tinggal di sana seperti penganut agama Kristian supaya menjaga kehidupan mereka, kehormatan mereka dan harta mereka.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.

 

Artikel Ihsan: Penganjur Program

[Arkib Kalendar]

 

NISA' Careline



« JANUARI 2009 »
A I S R K J S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
1 2 3 4 5 6 7

NISA' Links
arrow IPTA
arrow IPTS
arrow NEWSPAPER
arrow GOVERNMENT
arrow OTHERS
 
KENALI NISA' | 3NKERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING