Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
 
 
 
 

Seminggu di Islamabad

Percutian ke Islamabad bukanlah sesuatu yang aku nanti2kan . Tambahan pula , gempa bumi yang berlaku di Kashmir pada 8 Oktober lepas menyebabkan gegaran masih terasa di Islamabad walaupun sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Malah sehari sebelum bertolak kenalan emak menelefon kami dan mengatakan gegaran kecil belaku malam semalamnya. Pemergian ke sana kurasakan menempah maut dan aku tidak pasti apakah reaksiku sekiranya berlaku gegaran sewaktu di sana. Namun aku yakin ada benda yang mungkin Tuhan mahu aku pelajari dari perjalanan ini.

Islamabad City

Menjejak kan kaki di airport Islamabad, terasa angin sejuk meyapa tubuh. Seakan berada di Cameron Highland. Berhampiran mendaratnya kapal terbang yang kami sekeluarga naiki kelihatan sebuah banner "Goods for Kashmir Earthquake Relief Effort". Barang2 keperluan seperti selimut, dan kotak2 kargo yang tidak aku pasti kandungannya disusun berderet. Tiba2 aku dihimpit perasaan sayu , namun aku tidak pasti kenapa. Nak dikatakan suasana sedih, takkan la nampak barang dah sedih. Dalam berita , mangsa gempa sendiri sudah kulihat .

Bandar Islamabad bukanlah mewah seperti KL.malah masih terdapat ramai pengemis. Kebanyakannya kanak2 , org cacat dan wanita tua. Pakaian mereka mmg lah comot. Acapkali ketika keluar , ada saja yang mengetuk cermin kereta dan meminta-minta.

Namun pemandangan di Islamabad tidaklah seteruk di Peshawar. Pada hari keempat, ayah membawa kami ke Peshawar, sebuah pekan yang terletak kira2 seratus kilometer ke timur dari Islamabad. Peshawar ialah pekan ala2 Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang. Ia terletak berhampiran sempadan Afghanistan, kerana itu tidak hairanlah kebanyakkan penduduknya berketurunan Afghanistan.

Melewati jalan di pekan itu mengingatkan aku pada siri2 rancangan 'Jejak Rasul' yang pernah ditonton. Di pinggir bandar, aku dapat lihat perkampungan pelarian Afghan dgn rumah2 yang diperbuat daripada tanah liat . Kanak2 kecil yang comot dan tak berselipar. Lelaki2 tua menjual buah di luar rumah. Wanita2 afghan dgn 'burkha'nya yang berwarna biru.

Faisal Mosque

Pekan Peshawar berhabuk, kotor, kedai2nya usang dan sesak dgn manusia ,kereta kuda, bas dan *kambing. Jarang kelihatan kereta dgn family melainkan platnya Islamabad atau bandar lain ( mungkin pelancong juga macam kami).Kalau ada pun , keretanya sudah uzur sangat dan kecil. Atau pun mereka menaiki lori dan berhimpit2 bersesak2 .Penduduk di situ, ratanya miskin dan berpakaian lusuh. Kami tidak lepas dari direnung orang ketika berjalan di pekan itu. Mereka ingatkan kami org cina atau jepun. Yang bijak sikit , ada meyapa 'apa khabar' atau menegur 'jalan2?' .Kelakar pun ada ,bila tahu org kita org mana.

Aku teringat akan wajah dua kanak2 lelaki berusia 7~8 tahun menjual beg plastik di luar kedai di mana kami singgah membeli pinggan mangkuk. Wajah mereka yang sayu dan comot merenung tepat ke mata ku seolah2 mengharapkan aku membeli beg plastik mereka. Bajunya lusuh dan bertampal .Air mata ku bergenang. Sepanjang hayatku ,belum pernah aku merasai kesusahan yang tergambar jelas di wajah mereka.Berapalah sangat nilai beg plastik mereka yang tidak kupasti adakah dapat membeli makanan mereka untuk hari itu. Lantas aku menghulurkan wang 10 rupee (equivalent 70 sen) . Seraya, wajah mereka berseri.

Sebelum bertolak pulang aku sempat bergambar di pekan itu. Kami adik beradik , menggamit kanak2 itu untuk bergambar bersama. Mereka tersenyum ..gembira sekali. Mungkin rasa terharu, ada org asing yang mahu bergambar dgn mereka. Kanak2 lain dijalanan yang tidak diundang turut 'menyampuk' . Aku sebak melihat mereka gembira bergambar.

Center of attraction

10 hari di pakistan bukanlah percutian yang menggembirakan. Alhamdulillah, tiada gegaran di rasai sepanjang berada di sana. Namun, aku turut jatuh sakit kerana tidak tahan dgn cuaca sejuk yang mencecah 5 celcius . aku lebih banyak menghabiskan masa di depan 'heater' *membuat kan aku selalu terfikir akan mangsa2 gempa bumi di Kashmir ;kawasan pergunungan yang mungkin lebih sejuk. Tidak dapat kubayngkan hidup tanpa heater, berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah di saat2 begini.Sungguh menginsafkan.

Bumi yang penuh dengan warna2 kedukaan itu aku tinggalkan dengan perasaan yang berbaur. Ketika melangkah kaki keluar dari airport menuju ke kapal terbang yang bakal membawaku pulang, aku sekali lagi menoleh ke arah tempat barang2 untuk mangsa gempa diletakkan. Akhirnya aku mengerti akan rasa sayu yang sering menjengah* simpati ku terhadap mangsa gempa dan masyarakat pakistan yang miskin itu lahir atas dasar saudara seIslam.

Islamabad Rohtas Fort

Sepanjang perjalanan pulang, wajah kanak2 Peshawar dan suasana kemiskinan di Pakistan bersilih ganti dgn paparan mengenai mangsa gempa bumi yang aku tonton di TV. Berlatar belakangkan bacaan ayat suci al-quran di channel 12, suasana terasa begitu bening dan menyentuh perasaan. Lantaran, airmataku jatuh berguguran. Jauh di hati , aku memohan agar diampunkan dosa2 mereka dan diringankan beban mereka. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menanggung amarah Tuhan. Akhirnya , aku mengerti akan sebaris ayat didalam doa selepas sembahyang yang seringkali kita sebut tapi mungkin kurang di hayati; sebaris ayat yang memohon agar diampunkan dosa muslimin dan muslimat.

Aku sampai di Malaysia pada pagi Jumaat, 18 November 2005. Syukur tak terkira perjalanan pulang selamat. Bila difikir2kan semula, rasanya aku tahu apa yang Tuhan mahu aku pelajari disana.Lantaran, wajah kanak2 di peshawar dan paparan mangsa gempa bumi itu muncul semula.

Nukilan: Sakinah

 

* Nantikan lagi siri-siri coretan perkongsian dalam paparan akan datang.


 
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING