Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
 
 
 
 

IDEA AWAL

"NISA SMALL KINDESS" di awal pembikinannya terhasil dari niat untuk menterjemahkan erti kemerdekaan dlm ruang lingkup yg lebih luas. Ia bersempena dengan kehadiran bulan menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-50 pada tahun 2007.

Dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut kemerdekaan negara, masih terdapat golongan yang kurang berkemampuan dan tidak mampu meraikannya dengan hati yang gembira lantaran kemiskinan hidup..

Justeru, melalui program ini, NISA' berhasrat merintis ruang untuk turun bertemu masyarakat. Melalui program ini, NISA' cuba membantu dan menyumbang dengan segala daya yang ada (wang/tenaga/masa) kepada golongan kurang berkemampuan, agar hati mereka terubat apabila mengetahui ada warga negara yang sentiasa prihatin terhadap mereka, lantas sama-sama gembira meraikan hari kemerdekaan dengan penuh rasa syukur.

NAMA PROGRAM

NISA' SMALL KINDNESS (NSK) atau SUMBANGAN KECIL NISA

TAHUN PELANCARAN

31 Ogos 2007 (Sempena 50 tahun Malaysia tercinta menyambut kemerdekaan)

LOGO dan POSTER

KONSEP YANG DITERAPKAN MELALUI NSK

  • Setiap perkara walaupun kecil yang kita lakukan, sebenarnya boleh membuatkan insan lain gembira dan rasa dihargai
  • Setiap perkara walaupun kecil, namum itulah "Small Kindess", contoh; senyuman, berjabat tangan, dll
  • Setiap perkara walaupun kecil, adalam "Small Kindness" = AKHLAK = IBADAH
  • "Small Kindness" adalah dimana-mana kita berada, dengan sesiapa sahaja yang kita berjumpa, dan dalam apa jua keadaan
  • Untuk dihargai haruslah menghargai
  • Untuk rasa gembira adalah dengan melihat orang lain gembira
  • Lakukan setiap perkara yang baik, walaupun remeh dan kecil, tetapi ianya berterusan
  • Jangan bertangguh dalam melakukan kebaikan

Justeru, NISA' cuba menerapkan budaya "Small Kindness" ini dalam semua situasi dan dalam diri setiap hamba.

SEKITAR NSK2007

Sidang akhbar di Hotel Putra

Kerja-kerja membungkuskan buah tangan untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sumbangan

Sekitar NISA' turun bertemu masyarakat ketika program NSK

 

 

KENYATAAN AKHBAR PROGRAM SUMBANGAN KECIL NISA’
(NISA' SMALL KINDNESS 2007)

Bertarikh 21 OGOS 2007

Anjuran: NISA' MALAYSIA

Pelaksanaan: 26 OGOS 2007, sekitar Gombak, Selangor Darul Ehsan

” SEKELUMIT BUDI, SECEBIS PEMBERIAN ”

Program Sumbangan Kecil Nisa’ ( Nisa’ Small Kindness) ini direncanakan bersempena dengan sambutan 50 tahun Kemerdekaan Malaysia yang bakal berlangsung di sekitar kawasan Gombak pada 26 Ogos 2007. Program ini merupakan anjuran Nisa’ Malaysia.
NISA’

Nisa’ merupakan sebuah kelab yang menjaga kebajikan remaja dari sudut kerjaya dan kaunseling serta memberi kefahaman Islam dengan cara baru, ceria dan unik sesuai dengan minat remaja. Nisa’ juga berusaha untuk merancang dan melaksanakan program terbaik untuk remaja dengan mendedahkan program terbaik untuk remaja dengan mendedahkan program yang bermanfaat kepada mereka serta menjadikan mereka sentiasa prihatin dengan kebajikan masyarakat selaras dengan misi dan visi Nisa’.

Sambut Merdeka dengan Seruan Kerajaan
Nisa’ berusaha membantu dengan cara terbaik untuk menjadi golongan remaja dan masyarakat yang prihatin sesuai dengan saranan kerajaan dalam Kempen Masyarakat Penyayang dan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Bagi menjayakan hasrat itu, NISA’ akan cuba menterjemahkan secara luas kepada masyarakat, bahawa dalam kita bergembira menyambut kemerdekaan, ada juga masyarakat yang kurang berkemampuan tidak dapat menyambutnya dengan hati gembira lantaran dibelenggu kemiskinan hidup.Justeru, Nisa’ cuba memahami dan menggembirakan mereka dengan pemberian kecil kepada golongan ini supaya mereka dapat bersama-sama gembira dan bersemangat menyambut hari kemerdekaan.

Erti Merdeka Melalui Sumbangan Kecil
Sumbangan kecil ini adalah hasil kutipan derma dalam bentuk wang dan barangan dapur serta makanan dari ahli-ahli Kelab Nisa’ dan orang ramai. Nisa’ yakin dengan sedikit sumbangan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan sedikit sebanyak dapat mewujudkan suasana keraian bersama-sama menyambut hari kemerdekaan yang ke- 50 ini dengan penuh bangga menjadi rakyat Malaysia yang merdeka.

Harapan Nisa’
Nisa’ berharap sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-50 ini akan lebih dihayati melalui sumbangan kecil dan menyemarakkan lagi .Generasi muda juga dapat memupuk budaya memberi kepada masyarakat yang memerlukan. Semoga sambutan hari kemerdekaan ke-50 ini disambut dengan gembira dan semangat muhibbah walaupun hanya dengan pemberian kecil ini.

-3N-


 
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING