| Bersama
NISA' di dapur
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda mempunyai resipi untuk dikongsi? Sila emailkan
kepada kami untuk siaran melalui email webnisa@gmail.com
SUSUNAN RESIPI
Kiriman: Ady_ani
1. Ayam Damsyik (Bebiri Muda) -
Restoran Duyong, Kelab Darul Ehsan, Ampang
2. Udang Bercili - Restoran Duyong,
Kelab Darul Ehsan, Ampang
3. Acar Buah-Buahan - Restoran Seri
Melayu, Kuala Lumpur
4. Ayam Golek - Hotel Federal, Kuala
Lumpr.
5. Kerabu Pucuk Paku - Bintang Shack,
Kuala Lumpur
6. Udang Harimau Masak Keju - Restoran
Penang Village, Kuala Lumpur
7. Sup Ekor Lembu - Cafe On The Tenth,
Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur.
8. Ayam Lemak Kuning - Restoran
Rasa Utara, Kuala Lumpur
9. Palak Paneer (Bayam Berkeju) -
Restoran Rasa Utara, Kuala Lumpur
10. Ayam Percik - Dondang Sayang
Coffee House, Hotel Corus, Kuala Lumpur.
11. Udang Celur Bercili - Dondang
Sayang Coffee House, Hotel Corus, Kuala Lumpur.
12. Ketam Masak Lemak - Dondang Sayang
Coffee House, Hotel Corus Kuala Lumpur
13. Biskut Oren - Deli Corner Hotel
Grand Blue Wav,e Shah Alam.
14. Biskut Badam Bercoklat - Deli
Corner Hotel Grand Blue Wav,e Shah Alam.
15. Masak Lemak Kulat Sisir - Terrace
Cafe, Hotel Marriott Putrajaya
16. Asam Pedas Batang Keladi - Terrace
Cafe, Hotel Marriott, Putrajaya
17. Ikan Patin Lemak Tempoyak - Terrace
Cafe, Hotel Marriott, Putrajaya
18. Gulai Daging Nangka Muda - Terrace
Cafe, Hotel Marriott, Putrajaya
19. Sambal Udang Terung Belanda -
Terrace Cafe, Hotel Marriott, Putrajaya
20. Rendang Tok - Hotel Crown Princess,
Kuala Lumpur
21. Jojeh Kebab - Hotel Nikko Kuala
Lumpur
22. Kebab-e Koobideh - Hotel Nikko
Kuala Lumpur
23. Gulai lemak siput sayur keladi
- Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.
24. Pasta Primavera - Restoran Natural
Cuisine, Hotel Legend Kuala Lumpur.
25. Rendang Itik Tanjung Kling -
Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.
26. Ayam Percik - Hotel Grand Continental,
Kuala Lumpur.
27. Ketam Dondang Sayang - Hotel
Grand Continental, Kuala Lumpur.
28. Ikan Pindang Serani - Hotel Grand
Continental, Kuala Lumpur.
29. Bubur Lambuk Tanjung Keling -
Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.
----------------------------------------------
Ayam Damsyik (Bebiri Muda),
(Hidangan untuk 5 orang)
Bahan:
• 6 g bawang putih
• 12 g bawang kecil, dikisar halus
• 4 g halia
• 10 g serbuk jintan manis
• 30 g serbuk jintan putih
• 5 g serbuk kunyit
• 2 g daun kari
• 15 ml minyak sapi
• 10 g keju parmesan
• 20 ml santan
• 5 ml susu cair
• 2 g garam
• 1 g gula
Bahan perapan:
• 600 g ayam/bebiri muda
• 5 g jintan manis
• 10 g jintan putih
• 5 g garam
• 2 g halia
Cara membuat:
1. Perapkan ayam/bebiri muda dengan jintan manis,
jintan putih, garam dan gula semalaman.
2. Setelah diperap ayam/bebiri muda hendaklah digoreng
setengah masak.
3. Tumiskan bahan yang sudah dikisar sehingga keluar
aromanya.
4. Masukkan kedua-dua serbuk jintan bersama serbuk
kunyit, tumis sehingga pecah minyak.
5. Setelah pecah minyak masukkan pati santan pekat
dan gaul sehingga sebati.
6. Kemudian masukkan susu cair, biarkan sebati dan
bersalut.
7. Akhir sekali masukkan keju parmesan bersama garam
dan gula
----------------------------------------------
Udang Bercili
Bahan:
• 1 kg udang sederhana, dibersihkan dan dipotong
sedikit kepala udang
Bahan kisar:
• 15 biji bawang kecil
• 5 biji bawang putih
• 10 g halia muda
• 20 tangkai cili kering, direbus
• 10 g belacan
• 10 g kunyit hidup
• 10 g asam jawa, dicampur dengan ½ cawan
air dan jadikan air asam jawa.
• Sedikit garam
Cara membuat:
1. Sebelum itu, udang hendaklah digaul dengan garam
dan kunyit hidup.
2. Panaskan setengah liter minyak di dalam kuali.
3. Apabila minyak panas, goreng udang. Setelah udang
masak angkat dan sejat.
4 Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga
kekuningan.
5. Kemudian campurkan udang bersama bahan tumis.
6. Gaul sehingga sebati dan masukkan garam secukup
rasa. Pastikan kuahnya sedikit kering.
* Resipi disediakan oleh Restoran Duyong, Kelab
Darul Ehsan, Ampang
----------------------------------------------
Acar Buah-Buahan
Bahan A:
• 10 g biji gajus
• 10 g cermai jeruk
• 10 g anggur jeruk
• 10 g kismis
• 2 biji timun, dihiris
• 2 biji lobak merah, dihiris
• Sedikit lobak masin, dicincang
Bahan B:
• 150 g halia, dihiris
• 10 biji bawang kecil, dibelah dua
• 6 biji bawang putih, dibelah dua
• 4 biji cili merah, buang biji dan dipotong
• 4 biji cili hijau, buang biji dan dipotong
• 1 camca tehl serbuk kunyit
• Garam dan gula pasir secukup rasa
Bahan C:
• 5 camca besar minyak masak
• 1/2 cawan cuka, disatukan dengan 1/4 cawan
air dan 1 camca teh gula
• 1 camca teh biji sawi digoreng tanpa minyak
• 4 biji bawang kecil, dihiris
• 20 tangkai cili kering
• 3 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk,
gaulkan sehingga sebati. Perapkan sejam kemudian sejat.
2. Bahan C, panaskan minyak masak di dalam kuali,
tumiskan bawang kecil dan bahan yang dikisar sehingga
garing.
3. Kemudian masukkan campuran cuka dan didihkan selama
tiga minit.
4. Seterusnya masukkan campuran bahan A dan B, kacau
sehingga rata.
Resipi oleh Restoran Seri Melayu
----------------------------------------------
Ayam Golek
Bahan:
• 2 kg ayam seekor
• 300 g santan kelapa pekat dari 1 1/2 biji
kelapa
• 10 g asam jawa
• 2 - 3 camca makan air
• 1 camca teh gula
• 1 camca teh garam atau sesuka rasa
Rempah ratus:
• 4 biji bawang putih
• 3 cm halia
• 3 batang serai
• 2 camca makan ketumbar
• 1 camca makan jintan putih
• 1 camca teh lada hitam
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada
ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir. Lakukan
beberapa kali jika perlu. Lap sedikit ayam itu.
2. Campurkan asam jawa dan air. Tapis dan perapkan.
3. Masak ayam dalam kuali bersama campuran rempah
ratus, santan dan asam jawa sehingga sederhana masak
(airnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah
sebati dengan ayam dengan beberapa kali.
4. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu
170° Celsius sehingga ayam masak dan berwarna
perang keseluruhannya.
5. Hidangkan dan hiaskan sedikit bersama telur yang
dimasak.
* Resipi oleh Hotel Federal daripada resipi kegemaran
Tunku
----------------------------------------------
Kerabu Pucuk Paku
Bahan:
• 200 g pucuk paku, dipotong dan dicelur
• 10 biji bawang kecil, dihiris nipis
• 1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
• 3 helai daun limau purut, dihiris halus
• 4 biji limau kesturi, diperah airnya
• 1/2 biji kelapa, diperah santan
• 1 1/2 cawan air
• 110 g kelapa parut putih, digoreng tanpa minyak
• 85 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
• 1 camca besar gula melaka parut atau gula
perang
• Garam secukupnya
Bahan ditumbuk kasar:
• 5 tangkai cili merah
• 30 g udang kering, direndam dengan air dan
ditoskan
• 2 camca teh belacan
Cara membuatnya:
Campur rata semua bahan salad dengan bahan tumbuk.
Hidang segera.
* Resipi oleh Bintang Shack, Kuala Lumpur
----------------------------------------------
Udang Harimau Masak Keju
Bahan:
• 200 g udang harimau
• 1/2 liter minyak masak
Bahan kuah:
• 100 g marjerin
• 100 g susu sejat
• 3 tangkai daun kari, dihiris halus
• 1 biji cili padi, dihiris halus
• 1/3 camca teh keju Parmesan
• 1/4 camca teh garam
• 1 camca teh gula
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng terendam
udang sehingga garing.
2. Panaskan kuali dan masukkan marjerin sehingga cair.
3. Masukkan susu sejat tadi dan masak menggunakan
api perlahan sehingga pekat.
4. Masukkan bahan lain dan panaskan. Masukkan udang
dan kacau sehingga sebati.
* Resipi sumbangan Restoran Penang Village
----------------------------------------------
Sup Ekor Lembu
Bahan:
• 1 kg ekor lembu
• 250 g daun bawang
• 250 g bawang merah
• 100 g bawang putih
• 1 liter air
• Garam dan lada sulah secukup rasa
• 2 batang lobak merah
• 4 biji kentang
Cara membuatnya:
1. Potong daun bawang, bawang putih dan bawang merah.
2. Masukkan stok ekor lembu, air dan daging ekor lembu.
Didihkan sup sehingga daging ekor lembu empuk.
3. Kemudian masukkan garam dan lada sulah
4. Campurkan lobak dan kentang yang sudah dipotong.
* Resipi disediakan oleh Cafe On The Tenth, Hotel
Crown Princess Kuala Lumpur
----------------------------------------------
Ayam Lemak Kuning
Bahan:
• 1 kg ayam, dipotong 12 keping
• 3 cawan santan pekat
• 3 cawan santan cair
• 15 biji cili padi dikisar
• 3 batang serai, dititik
• 10 biji bawang kecil, dikisar
• 5 biji bawang putih, dikisar
• 3 keping asam keping
• Sedikit serbuk kunyit
• Sedikit garam,
• 3 biji ubi kentang, dipotong dadu
Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk dan masukkan santan cair, barang
yang dikisar serta serbuk kunyit.
2. Apabila mendidih, masukkan ayam, asam keping, serai
dan ubi kentang.
3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat kacau sebati
dan masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila ayam dan ubi kentang masak, boleh diangkat
untuk hidangkan.
----------------------------------------------
Palak Paneer (Bayam Berkeju)
Bahan:
• 1 cawan bayam rebus
• 4 camca sedang minyak
• 3 camca teh pes tomato
• 2 camca teh pes bawang
• 2 camca teh pes halia
• 2 camca teh pes bawang putih
• 1 biji cili hijau, dipotong
• 1 camca teh serbuk cili merah
• 1/2 camca teh garam
• 1/2 cawan air
• 1 cawan krim atau susu sejat
• 2 potong keju
Cara membuatnya:
1. Pertama, kisar sayur bayam.
2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan pes tomato, pes bawang, pes halia, pes
bawang putih dan cili hijau selama dua minit.
4. Kemudian masukkan serbuk cili merah dan garam dan
masak selama seminit.
5. Masukkan bayam, setengah cawan air dan masak sehingga
air kering.
6. Kemudian masukkan susu atau krim dan keju, biarkan
seminit sebelum siap untuk dihidangkan.
* Resipi sumbangan Restoran Rasa Utara
----------------------------------------------
Ayam Percik
Bahan:
• 1.5 g ayam
• 50 g serbuk kunyit
• 100 ml air
• 300 ml pati santan
• 1/2 camca teh lada hitam
• Garam
Bahan kisar halus:
• 6 biji bawang kecil
• 3 ulas bawang putih
• 2 sm halia
• 1 batang serai
• 15 tangkai cili kering
Cara membuat:
1. Bersihkan ayam dan dipotong empat.
2. Kisar bawang kecil, bawang putih, halia, serai
dan cili kering sehingga halus.
3. Campurkan serbuk kunyit dan air sehingga sebati.
4. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan air ke dalam mangkuk
besar serta pati santan dan gaul sehingga
sebati.
5. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.
6. Perap di dalam peti ais semalaman.
7. Ayam boleh dipanggang atau dibakar.
----------------------------------------------
Udang Celur Bercili
Bahan:
• 10 biji cili kering
• 5 biji bawang kecil
• 5 ulas bawang putih
• 100 gram udang besar
• 5 cawan air
• Minyak
• 5 biji bawang besar
• Garam
• 1 camca teh gula
Cara membuat:
1. Kisar cili kering, bawang kecil, bawang putih
sehingga halus.
2. Bersihkan udang dan buang kulit.
3. Panaskan air sehingga mendidih kemudian celur udang
sehingga warnanya jingga kemerahan.
4. Panaskan minyak dan tumis sehingga bahan yang dikisar
sehingga garing.
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati.
* Resipi sumbangan Dondang Sayang Coffee House, Hotel
Corus Kuala Lumpur.
----------------------------------------------
Ketam Masak Lemak
Bahan:
• 1/2 kg ketam
• 1/2 biji kelapa/serbuk santan
• 15 biji cili api/cili kering
• 5 ulas bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 2.5 sm kunyit
• 1 batang serai
• Garam
• Gula
Cara membuatnya:
1. Ketam dipotong dan dibersihkan.
2. Kelapa diperah dan diambil santannya (asingkan
patinya.)
3. Cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk.
4. Masukkan santan dan serai di dalam periuk di atas
api yang sederhana.
5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan ketam dan masak sehingga ketam berwarna
jingga kemerahan.
7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu.
* Resipi disediakan oleh Dondang Sayang Coffee House,
Hotel Corus Kuala Lumpur
----------------------------------------------
Biskut Oren
Bahan
• 500g mentega
• 250g gula ising
• 1 biji telur
• 2 biji kuning telur
• 2 camca kecil pati oren
• Beberapa titik pewarna oren
• 750g tepung gandum
• 150g coklat yang dicairkan
Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kuning telur, kacau rata. Kemudian
masukkan pula pati oren dan pewarna, gaul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam beg corong berbentuk
bintang (star nozzle). Paipkan adunan di atas dulang
pembakar.
5. Kemudian bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180°C
selama 25 minit. Apabila biskut kekuningan, angkat
dan biarkan ia sejuk.
6. Selepas biskut sejuk, celupkan sebahagian biskut
tadi ke dalam coklat yang dicairkan. Biarkan sejuk
dan hidang dengan hirisan kulit oren.
*Resipi sumbangan Jurumasak Pastri, Deli Corner Hotel
Grand Blue Wave Shah Alam,( Chef Wong Yik Seng)
----------------------------------------------
Biskut Badam Bercoklat
Bahan
• 300g mentega
• 300g gula
• 150ml air
• 550g tepung
• 100g serbuk koko
• 300g badam, dihiris nipis
Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan air, tepung dan serbuk koko yang sudah
ditapis serta kepingan badan, gaul rata.
3. Kemudian masukkan adunan ke dalam dulang segi empat
dan simpan di peti sejuk selama 30 minit.
4. Setelah itu, keluarkan dan canaikan setebal 1/2
cm. Kemudian potongkan ia berbentuk segi empat.
5. Susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu
180°C selama 25 minit. Setelah masak, hidangkan.
*Resipi sumbangan Jurumasak Pastri, Deli Corner,
Hotel Grand Blue Wave Shah Alam,( Chef Wong Yik Seng)
----------------------------------------------
Masak Lemak Kulat Sisir
Bahan:
• 2 cawan santan daripada sebiji kelapa
• 1 batang serai
• 200g kulat sisir
Bahan kisar:
• 100g ikan bilis
• 10g serai
• 100g bawang kecil
• 5g bawang putih
• 20g cili padi
• 10g halia
• 20g cili merah
• 10g kunyit hidup
Cara membuat:
1. Masukkan santan ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata di atas api
sederhana.
3. Masukkan serai yang dititik dan kulat sisir, kacau
rata dan biarkan mendidih. Apabila masak, angkat dan
hidangkan.
*Resipi sumbangan Jurumasak Eksekutif Terrace Cafe,
Hotel Marriott Putrajaya, Lim Meng Sow
----------------------------------------------
Asam Pedas Batang Keladi
Bahan
• 100g minyak masak
• 1/2 gelas air
• 250 batang keladi, dibersih dan dipotong
• 5g asam keping
• 10g daun kesum
• Garam secukup rasa
Bahan kisar:
• 10g lengkuas
• 50g cili kering
• 100g bawang kecil
• 30g bawang putih
• 10g halia
• 10g kunyit hidup
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar
sehingga naik bau.
2. Masukkan air, kecilkan api. Kemudian masukkan batang
keladi bersama asam keping dan daun kesum. Didihkan
dan kacau sekali sekala.
3. Apabila masak, masukkan garam secukup rasa, kacau.
Angkat daripada api dan hidangkan.
*Resipi sumbangan Jurumasak Eksekutif Terrace Cafe,
Hotel Marriott Putrajaya, Lim Meng Sow
----------------------------------------------
Ikan Patin Lemak Tempoyak
Bahan kisar
• 50g cili merah
• 50g cili padi
• 10g halia
• 10g kunyit hidup
• 100g bawang kecil
• 20g bawang putih
Bahan
• 250g ikan patin
• 5g daun kunyit
• 1 batang serai, dititik
• 3 cawan santan
• Garam secukup rasa
• 100g tempoyak
Cara membuat
1. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk, ikan patin,
daun kunyit dan serai.
2. Jerangkan ia di atas api, tuangkan santan, garam
dan kacau sehingga kuah mendidih.
3. Akhir sekali masukkan tempoyak, gaul rata dan biar
ia masak. Angkat dan hidangkan.
*Resipi sumbangan Jurumasak Eksekutif Terrace Cafe,
Hotel Marriott Putrajaya, Chef Lim Meng Sow
----------------------------------------------
Gulai Daging Nangka Muda
Bahan:
• 600g daging bahagian atas
(topside)
• 150g santan
• 5g serai, diketuk
• 20g lengkuas, diketuk
• 250g nangka muda, dibersihkan dan dipotong
kecil
Bahan kisar:
• 200g cili merah
• 100g bawang kecil
• 20g halia
• 20g kunyit hidup
Cara membuatnya:
1. Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar
dan biarkan ia empuk.
2. Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau
sehingga mendidih.
3. Masukkan nangka dan masak sehingga ia empuk dan
berminyak. Angkat dan hidangkan.
*Resipi sumbangan Jurumasak Eksekutif Terrace Cafe,
Hotel JW Marriott Putrajaya, Chef Lim Meng Sow
----------------------------------------------
Sambal Udang Terung Belanda
Bahan:
• 1kg udang harimau
• 100g bawang besar, dipotong bulat
• 200g cili merah
• 50g bawang kecil
• 2 biji tomato
• 3 camca besar minyak masak
• Garam secukup rasa
• 200g terung belanda
Cara membuatnya:
1. Udang dibersihkan kemudian digoreng dengan garam.
Angkat dan ketepikan
2. Cili merah dikisar kasar bersama bawang kecil dan
tomato. Ketepikan
3. Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bawang
besar, kacau sebentar. Masukkan bahan dikisar tadi
dan tumis sehingga terbit bau wangi
4. Masukkan garam secukup rasa, kacau sebentar. Masukkan
udang dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan
terung belanda . Kacau rata sehingga masak. Angkat
dan hidangkan
*Resipi sumbangan Jurumasak Eksekutif Terrace Cafe,
Hotel JW Marriott Putrajaya, Lim Meng Sow
----------------------------------------------
Rendang Tok
Bahan kisar:
• 200g bawang merah
• 200g bawang putih
• 200g halia
• 200g lengkuas
• 200g serai
• 200g kunyit hidup</LI?
• 200g cili api
• 300g cili kering
Bahan:
• 1kg daging lembu
• 1gelas air
• 1kg santan
• 50g rempah tiga serangkai (ketumbar, jintan
manis dan jintan putih)
• 200g minyak masak
• 150g daun kunyit
• 150g daun limau purut
• 150g daun salam</LI
• Garam dan perisa secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Rebus daging lembu sampai lembut
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan
dikisar sehingga naik bau. Masukkan air dan santan
dan rempah tiga serangkai
3. Apabila mendidih masukkan daging lembu. Reneh sehingga
pekat. Masukkan daun kunyit, limau purut dan daun
salam. Masak sehingga pekat dan hidangkan.
*Resipi disediakan oleh Chef Hasnah Jusof dari Hotel
Crown Princess, Kuala Lumpur
----------------------------------------------
Jojeh Kebab
Bahan
• 1/2 cawan minyak zaitun
• 2 biji bawang besar, dipotong dadu
• 1/2 camca kecil kuma-kuma
• Garam secukup rasa
• 10g lada hitam, dicincang kasar
• 1kg ayam, dipotong kecil dan dibuang kulit
• 5 biji tomato, sederhana besar
Cara membuatnya
1. Sediakan bahan perap, satukan minyak zaitun, bawang
besar, kuma-kuma, garam dan lada hitam ke dalam mangkuk,
gaul rata.
2. Masukkan ayam yang dibersihkan tadi dan gaul rata.
Perapkan ia semalaman di dalam peti sejuk.
3. Sediakan pencucuk besi kebab dan cucukkan ketulan
ayam satu persatu seperti sate. Kemudian cucukkan
semua tomato ke dalam pencucuk besi yang berasingan.
4. Bakar kedua-dua kebab ayam dan tomato di atas pemanggang
api selama 5 hingga 10 minit. Balik-balikkan ia selalu.
5. Kebab ini juga boleh dibakar di ketuhar pada suhu
tinggi. Setelah kebab ayam dan tomato masak, angkat
dan hidangkan bersama nasi beriani atau roti Arab.
*Resipi sumbangan Jurumasak Masakan Timur Tengah,
Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef Reza Seifi Balasi
----------------------------------------------
Kebab-e Koobideh
Bahan
• 500 gram (g) daging kambing atau lembu, dipotong
segi empat
• 2 biji bawang besar, dipotong dadu
• 1 labu bawang putih
• 1 biji telur, dipukul terlebih dulu
• 4 biji tomato, sederhana besar
• Garam secukup rasa
• 10g lada hitam, dicincang kasar
• 1 camca kecil serbuk kunyit
Cara membuatnya
1. Satukan daging, bawang besar, bawang putih, telur,
garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk,
gaul rata. Perapkan di dalam peti sejuk semalaman.
2. Keluarkan daging yang diperap dan cucukkan pada
pencucuk besi kebab. Cucuk selang seli daging dengan
tomato.
3. Kemudian panggangkan ia di atas bara api dan balik-balikkan
selang lima minit. Jika mahu membakarnya di dalam
ketuhar, masukkan daging tadi bersama tomato ke dalam
kertas aluminium dan bakar pada suhu tinggi.
4. Setelah cukup masak, keluarkan kebab dan hidangkan
bersama salad. Enak dimakan bersama nasi beriani atau
roti Arab.
*Resipi sumbangan Jurumasak Masakan Timur Tengah,
Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef Reza Seifi Balasi
----------------------------------------------
Gulai lemak siput sayur keladi
Bahan
• 1/2 kg siput sedut, dipotong hujung dan dicuci
bersih
• 1 cawan air
• 1 helai daun kunyit
• 3 keping asam gelugur
• 300 g sayur keladi, dibuang kulit dipotong
kecil kemudian direbus sehingga empuk
• 3 cawan santan
Bahan kisar
• 5 biji bawang merah
• 3 cm kunyit hidup
• 2 camca kecil udang kering
• 1 1/2 cm belacan
Cara membuat
1. 1. Masukkan siput yang sudahdibersihkan ke dalam
periuk beserta air, daun kunyit, asam gelugur, sayur
keladi dan bahan kisar.
2. 2. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan
dan garam. Kecilkan api dan kacau selalu.
3. 3. Selepas masak angkat dan hidangkan untuk berbuka
atau bersahur.
*Resipi sumbangan Jurumasak Masakan Melayu, Hotel
Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop
----------------------------------------------
Pasta Primavera
Bahan
• 500 g pasta
• 100 ml minyak zaitun
• 50 g bawang putih
• 50 gm kubis Romaine
• 150 g lada Benggala merah
• 150 g lada Benggala hijau
• 100 g bawang besar
• 400 g tomato, dibuang kulit
• 4 camca besar sos tomato
• 50 g daun selasih
• 10 g garam
Cara membuatnya
1. Celur pasta sehingga masak, sejat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis
sebentar bawang putih. Kacau sebentar..
3. Kemudian masukkan kubis Romaine, lada Benggala
hijau dan merah, bawang besar, tomato dan biar ia
masak 15 hingga 20 saat..
4. Masukkan sos tomato, daun selasih dan kacau rata.
Angkat dan ketepikan.
5. Hidangkan pasta di dalam pinggan dan tuangkan kuah
di atasnya..
* Resipi sumbangan Sous Chef Restoran Natural Cuisine,
Hotel Legend Kuala Lumpur, Chef Steven Ng
----------------------------------------------
Rendang Itik Tanjung Kling
Bahan
• 1/2 cawan minyak masak
• 1 1/2 itik, dipotong dan cuci dengan garam
dan asam jawa
• 3 hiris lengkuas
• 2 keping asam gelugur
• 4 cawan santan dari dua biji kelapa
• 4 camca besar kerisik
• Garam secukup rasa
Bahan disangrai dan dikisar halus
• 10 tangkai cili kering
• 1 camca kecil ketumbar
• 1 camca kecil jintan manis
• 1 camca kecil lada hitam
Bahan A
• 5 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 3 cm halia
• 2 batang serai
• 3 cm kunyit hidup
• 1 1/2 cm belacan Melaka
Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan disangrai
dan dikisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan itik, bahan A, lengkuas, asam
gelugur, santan dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat
dan itik empuk.
3. Selepas itu masukkan garam secukupnya, daun limau
dan daun kunyit. Kecilkan api dan masak lagi sehingga
kuah hampir kering. Kemudian angkat
daripada api.
*Resipi sumbangan Jurumasak Masakan Melayu, Hotel
Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop
----------------------------------------------
Ayam Percik
Bahan:
• 1 ekor ayam (1 kg), dipotong empat
• 1/2 cawan minyak masak
• 2 cawan santan yang diambil daripada sebiji
kelapa
• Garam secukup rasa
• 1/2 cawan gula
• 2 keping asam keping
Bahan kisar:
• 5 batang serai
• 2 biji bawang besar
• 5 ulas bawang putih
• 50 g halia
• 5 tangkai cili kering, direbus sehingga lembut
• 2 biji buah keras
• 50 g kunyit hidup
Cara membuatnya:
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan lumurkan
garam secukup rasa dan lima camca besar bahan kisar
pada ayam tadi. Perapkan hingga lebih lima jam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan
kisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam
keping. Kacau sehingga pekat.
4. Keluarkan ayam yang diperap tadi dan panggang ia
di
atas bara sehingga separuh masak. Kemudian celupkan
ia
ayam di dalam kuah percik.
5. Panggang sekali lagi sehingga ayam masak
sepenuhnya. Enak dimasak bersama kuah percik sesuai
untuk berbuka puasa.
*Resipi sumbangan Jurumasak Masakan Melayu, Hotel
Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop
----------------------------------------------
Ketam Dondang Sayang
Bahan:
• 1/2 cawan minyak masak
• 1 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
• 2 batang serai, diketuk
• 2 keping asam gelugur
• 1 kg ketam, dibuang kulit dan dicuci bersih
• Garam secukupnya
• 3 helai daun limau
• 1 helai daun kunyit
Bahan kisar:
• 5 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 3 cm kunyit hidup
• 3 cm halia
• 10 tangkai cili kering, yang direbus
• 1 1/2 cm belacan Melaka
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga
terbit bau. Masukkan santan, serai, asam gelugur dan
kacau rata.
2. Apabila kuah mula mendidih dan pekat, masukkan
ketam dan garam secukupnya. Kacau rata dan tutup periuk,
kecilkan api. Biarkan 10 minit.
3. Setelah ketam masak, masukkan daun limau dan daun
kunyit. Kacau rata.
4. Hidangkan panas-panas.
Resipi sumbangan Jurumasak Masakan Melayu, Hotel
Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop
----------------------------------------------
Ikan Pindang Serani
Bahan:
• 1/2 cawan minyak masak
• 100 g asam jawa, dibancuh bersama tiga cawan
• 500 g ikan siakap, dipotong dan dicuci bersih
• 2 biji cili merah atau hijau, dibelah dua
• Garam secukup rasa
Bahan A:
• 3 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 3 cm kunyit hidup
• 1.5 cm halia
• 3 cm belacan Melaka
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan
A sehingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih.
Kemudian masukkan ikan, cili merah dan garam secukupnya.
3. Biarkan sehingga ikan masak. Ia sesuai dihidang
sama ada untuk berbuka dan bersahur.
Resipi sumbangan Jurumasak masakan Melayu, Hotel
Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop
----------------------------------------------
Bubur Lambuk Tanjung Keling
Bahan:
• 7 camca besar minyak masak
• 2 liter air
• 200 gm daging tetel
• 300 gm beras
• 50 gm kacang dal, direndam semalaman
• Garam secukup rasa
• 3 camca besar daun sup hiris
• 3 camca besar daun bawang hiris
• Bawang goreng (daripada 7 biji bawang merah)
Bahan tumis:
• 3 cm kayu manis
• 3 kuntum bunga lawang
• 2 camca besar serbuk kurma
• 5 biji buah pelaga
• 1 camca besar bawang putih, dikisar
• 1 camca besar bawang merah, dikisar
• 1 camca besar halia, dikisar
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan
tumis. Kacau sehingga terbit bau.
2. Masukkan air, kacau rata. Kemudian masukkan daging
yang dihiris, kacau lagi. Biar ia masak sehingga daging
lembut.
3. Masukkan beras dan kacang dal dan kacau rata. Biarkan
kedua-dua bahan ini kembang.
4. Masukkan garam dan masak 15 minit.
5. Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan
bawang goreng. Enak dimakan untuk berbuka puasa.
Resipi sumbangan Jurumasak Masakan Melayu, Hotel
Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop
|