| 
:: Farhana ::
Assalamualaikum.. saye Farhana dari nisa malaysia ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua
warga Nisa seluruh Malaysia dan juga sahabat2 handai yang melayari
website ini.. insyaAllah Syawal kali ini dapat memberi keberkatan
kepada kita semua..
|
:: Fadhlina (Penolong
Kewangan II, Nisa' Malaysia) ::
Ramadhan yang padanya terkandung rahmat dan maghfirah Ilahi akan
berakhir tidak lama lagi. Bulan yang menjanjikan balasan pahala
yang tak terkira banyaknya. Rasa sedih, hiba kerana ketenangan
yang kita rasai ini tidak dapat kita kecapi pada mana-mana bulan
selainnya. InsyaAllah, sekiranya panjang umur, bertemu lagi pada
Ramadhan hadapan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
|

:: youmzq5 ::
Assalamualaikum wbt..
SaLam LEBaRaN, SELaMaT HaRI RaYa aIDILFTRI, MaaF ZaHIR BaTIN
buat semua warga NISA' ..syukur alhamdulillah kerana diberi
peluang mengenali kalian..smoga kiter terus dikurniakan rahmat
kesihatan untuk terus mengabdikan diri kepada NYA di bulan yang
penuh berkat ini..SELaMaT BERJUaNG !!!
|

:: fshoib ::
RSaya ingin mengambil peluang ini untuk meminta maaf & ampun
atas segala kesalahan yang tidak sengaja atau disengajakan..
moga Allah beri rahmat dan luaskan rezeki kita dunia & akhirat...
ameen...
|

:: Ana ::
Ape khabar nisa2 sekalian, hopefully luarbiasa semuanya..
Di kesempatan ini, saye juga memohon ampun dan maaf atas segala
kesilapan saya dalam berbicara; mungkin itu kekurangan diri ini
namun insyaAllah itu yang terbaik.
Perjalanan kita masih jauh.. selagi mampu bernafas selagi itu
kita hambakan diri lakukan yang terbaik utk org yang kita sayang
dan untuk seluruh isi dunia secara keseluruhannya.. jangan ade
sikap rendah diri dalam hidup because u are the best.. yakinlah
Allah letakkan diri kita di dunia ini purposely utk memberi manfaat
kepada yang lain.. always believe that u are special …!
Selamat hari raya, maaf zahir batin.
|

:: kak mas ::
Akak juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak
terima kasih dan ribuan kemaafan atas semua kesalahan, atau ada
yang mengecilkan hati.
Kita bersahabat kerana Allah, dan hasil ukhwah
yang ikhlas dan saling top up each other akan mendapat
rahmat dan pertolongan dari Allah. Jom, kita masih ada 5 hari
lagi ramadhan. Maka banyakkanlah istigfar, solat, zikir , sedeqah,
banyak menolong orang lain, serta banyak menyukakkan hati orang.
Banyak maafkan orang dan juga banyakkkan doa untuk diri sendiri
juga untuk orang lain. Kerana setiap amalan kita dalam bulan ramadhan
terlalu banyak pahalanya dari Allah.
Semoga hari ni adalah hari yg barakah untuk kita
semua, dan semoga Allah mudahkan kerja antum semua. Amin. Take
care semua.
|

:: munaiya :;
Assalamualaikum..buat sahabat2 Nisa' ku..
dengan rendah hati saya mohon maaf di atas kesilapan tingkah laku,
kata-kata, body language, detikan akal, detikan hati terhadap
sahabat2..moga persahabatan kerana Allah ini sentiasa dipelihara
ikatannya dengan kasih sayang kerana Allah..
kerana Allah kita bersahabat, kerana Allah kita bersatu, moga
hati-hati kita semua sentiasa kukuh ikatannya ameen Ya Rabb..
maaf kalau saya tak dapat jadi sahabat yang terbaik, Insha Allah
...diri ini takkan jemu untuk berusaha untuk jadi yang terbaik..
terima kasih kepada sahabat sebab buat diri ini sentiasa muhasabah
diri, sentiasa cuba memperbaiki diri,
Anda semua adalah sahabat yang terbaik untuk saya, Alhamdulillah
syukur atas nikmat Mu yang terbesar ini Ya Allah..peliharalah
kami agar terus tak jemu berusaha menegakkan agamaMu...ameen..
Salam Eidul Fitri, Kullu antum Bikhair..sayang selalu
|

:: Faizal & Haslaily ::
Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri 1429.
Minal aidil wal fa izin.
|

:: Putre ::
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR & BATIN
|
| 
:: naf_az ::
Di kesempatan ini, saya juga turut ingin memohon maaf atas segala
kesalahan yg sengaja atau sebaliknya. Minta halalkan segala makan
dan minum.
Selamat menyambut Eidul Fitri Al Mubarak.
Sama2 kita teruskan ibadat dan pertingkatkan amalan
Ingatan bersama : Berhati-hati di jalanraya. Jadilah seorang pemandu
yang berhemah.
|

:: nurula ::
"Selamat Hari Raya Aidilfitri & mohon ampun maaf zahir
batin"
Semoga kita semua terus bersemangat meneruskan
kehidupan dan memberikan manfaat untuk diri sendiri & semua
orang, selagi termampu. Dan semoga ia menjadi bekalan di sana
yang kekal abadi.. untuk dunia yang hanya tempat persinggahan
semata-mata.
|

:: sofea ::
Saya juga nak mohon maaf salah & silap sengaja dan tidak.
moga 5hari yg terakhir ni kita ibadah bersungguh-sungguh, sujud
lama skit dari biasa, doa tekun skit dari sebelum ni..hanya Allah
tpt kita memohon segalaNya..
|