Official Logo NISA'
muka hadapan | hubungi kami | peta laman
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING
 

Laman untuk menyenaraikan buku-buku pilihan NISA' di Serambi NISA' agar turut menjadi bahan bacaan para pengunjung.

"Ke arah menyuburkan Budaya Tadah Ilmu"

 
 
  SERAMBI NISA'
Laman Utama > Arkib Serambi
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku #05:  HIKAYAT AMIR HAMZAH (Jilid 1, 2 & 3)

 

 

 

Kenapa Serambi NISA' menyenaraikan buku ini di serambi kami:

HIKAYAT AMIR HAMZAH (Jilid 1)

Harga Pasaran: RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
Tarikh Terbit: 7 January 2008
Jumlah Muka Surat : 368 halaman
~~~~~
 
Hikayat Amir Hamzah mengisahkan peristiwa yang berlaku pada abad ke-7 sebelum kedatangan Islam hingga membawa kepada kedatangan Islam. Ia menceritakan kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam bernama Amir Hamzah. Pahlawan yang dimaksudkan dalam cerita ini ialah Saidina Hamzah, pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud menentang tentera Quraisy.

HIKAYAT AMIR HAMZAH (Jilid 2)

Harga Pasaran: RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
Tarikh Terbit: 15 February 2008
Jumlah Muka Surat : 368 halaman
~~~~~

Amir Hamzah luka ditetak Bahaman dan dia dilarikan oleh kuda Asqar Dewa ke tempat seorang pengembala kambing. Malik Bahaman dibunuh Umar bin Hamzah. Asma Peri dan Quaraisy Peri dibawa Amir Hamzah pergi berjumpa Puteri Mihran Negara. Umar bin Hamzah pergi ke negeri Farkhari. Di sana dia digoda dan dibunuh oleh saudara perempuan Zubin. Hikayat ini bermula apabila Amir Hamzah yang menetap di Mekah membenarkan Raja Syadad kembali ke negerinya. Apabila menghampiri Mekah, Raja Syadad berbisik dalam hati, “sekiranya tidak disebabkan Raja Nusyirwan mengutuskan surat menyuruhnya ke Mekah, aku tidak akan dimalukan Hamzah Arab itu. Raja Nusyirwan punca segala-galanya dan aku patut membalas dendam kepadanya.”

HIKAYAT AMIR HAMZAH (Jilid 3)

Harga Pasaran: RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
Tarikh Terbit: 29 February 2008
Jumlah Muka Surat : 368 halaman
~~~~~

Quraisy Peri melihat ke udara, dia ternampak ayahandanya, Amir Hamzah memakai pakaian keemasan yang cantik -cantik, berhadapan dengan semua sahabatnya dan beberapa orang anak bidadari mengelilinginya. Demikianlah kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepada dia dan semua yang syahid itu. Selepas itu Quraisy Peri dan Asma Peri serta semua jin yang bersama mengiringi memeluk agama Islam.
Untuk maklumat lanjut, layari:

 

 

~ Sebaris kata dari Serambi NISA' ~
bullet Anda mempunyai cadangan buku untuk diletakkan di Serambi NISA'?

 

 

 

Hantarkan:
(1) Judul buku
(2) Butiran buku; Pengarang, Tahun Penerbitan, Penerbit
(3) Harga Di Pasaran
(4) Sinopsis Buku
(5) Gambar Kulit Buku

kepada kami di webnisa@gmail.com untuk penyiaran.

 
bullet Sekiranya anda sukar mendapat buku-buku yang berada di Serambi NISA' ini di tempat anda..
 

Anda boleh meminta pihak webnisa membeli dan mengirimkan kepada anda dengan, menghantarkan:

(1) Judul buku yang diminta
(2) Bilangan yang ingin dibeli
(3) Jumlah pembayaran, termasuk wang pos
(4) Cara pembayaran
(5) Nama, Nombor Telefon & Alamat Pos

kepada kami di webnisa@gmail.com untuk tujuan pembelian.

Pihak kami akan membalas email tersebut dan memaklumkan nombor akaun bank untuk tujuan transaksi.

Sebagai makluman, ia bukan atas dasar urusan perniagaan semata-mata, namun bantuan pihak Serambi NISA' menghantar bekalan buku, bagi sahabat-sahabat yang sukar mendapat bekalan (seperti di luar KL ataupun di luar negara).

 


 
KENALI NISA' | 3N | KERJAYA | UNIT NISA' | ARTIKEL | SIRAH | KAUNSELING